Antara Warisan & Pembangunan
Friday, October 12, 2012 • 9:23 AM • 0 comments
Dengan lafaz Bismilahhirahmanirrahim,saya memulakan coretan untuk blog yang disediakan khas bagi memenuhi keperluan untuk subjek Studio Perancangn 300.Untuk entri pertama ini,saya ingin mengulas sedikit tentang perancangan bandar di kawasan tempat tinggal saya iaitu Lenggong.Lenggong merupakan kawasan yang telah diiktiraf oleh Unesco sebagai tapak warisan dunia.Oleh yang demikian,apabila sesuatu projek pembangunan ingin dijalankan terdapat banyak halangan daripada pihak Jabatan Arkeologi.Sebagai contoh,baru-baru ini di kawasan berdekatan dengan rumah saya ingin dibangunkan dengan mini stadium bagi kemudahan penduduk tetapi mendapat halangan dari pihak Jabatan Arkeologi.Walhalnya Lenggong mempunyai potensi untuk dimajukan sebgai satu bandar yang maju seperti Kuala Kangsar dan Taiping.Tiada sebarang pembangunan menyebabkan berlakunya masalah sosial dan pengangguran terutama dalam kalangan anak muda.Pembangunan di Lenggong terikat dengan pengiktirafannya sebagai tapak warisan dunia.Perancang bandar haruslah menyeimbangkan di antara pembangunan dan mengekalkan warisan sedia ada.Di Malaysia juga terdapat banyak bandar-bandar besar yang mampu bergerak seiring dengan pemodenan hari ini tetapi masih mengekalkan warisannya yang sedia ada antaranya Pulau Pinang dan Melaka Bandaraya Bersejarah.Jadi apa pendapat anda pula? Warisan atau pembangunan? Pilihan di tangan anda...:)
xoxo, The Shining Star
DISCLAIMER

«
«
«
Studio RPS 307

Back to past
Credits
Edited : Only me
Helped : Ayem, AskarrPink, Ziera
Header & Cursor : Ziera
Background : Qihah
Best Viewed : Google Chrome
